Friday, May 16, 2014

16th May 2014

Allah hendak duga, sabarlah Aini..

Akhirnya aku dapat jua sambut ulang tahun kelahiran ke yang 20tahun.
Ayah menasihati aku agar lebih matang daripada Adik. Haha. InsyaAllah.

Kurangkan ego & kedegilan.
InsyaAllah, aku akan lakukannya.

Celik mata dari tidur, susah hendak telan air liur. Ya Allah. Sakit. Makin lama makin teruk sakit kepala, badan semakin panas.  
Adakah kerana penangan Starbucks yang dibelanja? Haha. Terima kasih kawan belanja aku Starbucks & kek. Aku hargainya, semoga Allah membalas jasa kalian. Allah.. Sakit tekak mula hilang tetapi badan terasa makin sengal, bila gerakkan kepala.. Aku terasa seperti kepalaku mahu meletup. Genap umur 20tahun Kau hadirkan rasa kesakitan yang aku sendiri tidak tahu hendak luahkan bagaimana.

Aku sepatutnya kerja hari ini tetapi tidak tahu kenapa aku tidak pergi ke tempat kerja, hati aku berat. Aku tidak menelefon Sir Imran bahawa aku tidak bekerja, aku bimbang dimarahi. 

Bila aku keluar, rasa sakit itu hilang. Bila aku pulang ke rumah, aku rebah.. Aku hanya mampu baring dan menangis. 
Suspek demam denggi, itulah aku. Aku risau jika tidak dapat hidup lama tetapi kalau itu yang terbaik, aku terima Ya Allah.. Sekurang - kurangya aku terselamat dari melakukan dosa yang banyak. 
Melihat ibuku menangis, memeritkan buatku. Emak takut jikalau aku jadi sepertinya, terkena serangan demam denggi sehingga peluang untuk hidup hanya tinggal beberapa peratus.

Aku hendak pejamkan mata tetapi tidak mampu, kepala berdenyut seakan hendak meletup & anggota badan aku sengal. Ya Allah.. Terima kasih untuk hadiah hari ini walaupun aku mengeluh tidak beberapa sihat, akhirnya kawan yang ku rapat telah kembali ke pangkuan ku. Aku masih tertanya tanya siapakah yang menelefon ku semalam & ucapkan Selamat Hari Jadi? Aku tidak dapat mengecamnya. Terima kasih. Lain kali jujurlah kepada ku siapa kau, haha. Jangan buat aku tertanya - tanya. Aku masih tertanya sehingga hari ini.